Aisya Sofea - Buatmu Kekasih



Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermakna. Tiada Luqman, betapa sepinya hati Farah. Betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah. Meski bertahun terpisah, hati Zainal hanya untuk Kay. Dan cinta suci Hanif, adalah memori terindah Intan Azureen.

Tahun berlalu...Kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun hakikat kehidupan bukan seindah yang diharapkan. Ada jiwa yang terluka, ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik baiknya.

BUATMU KEKASIH menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak watak dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga berlampukan sinaran bulan yang satu. Khusus untuk pembaca tersayang, saya titipkan khabar terkini pasangan pasangan yang pernah saya ilhamkan. Semoga dengan kisah yang saya lakarkan ini dapat memberi iktibar untuk kita meniti hidup seharian.

Bil Mukasurat : 579
Harga : RM 10.00

0 comments:

Post a Comment