Showing posts with label Sri Diah. Show all posts
Showing posts with label Sri Diah. Show all posts

Sri Diah - Suite 1908


Saerah tidak berdendam dengan Datuk Karim tetapi kerana Datin Rose yang berambut meremang coklat keperangan macam 'kucing Parsi' itu kerap menyakiti hatinya. Saerah terus nekad - alang alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!

Siapa yang tidak mahu hidup senang? Semua itu dia boleh dapat daripada Datuk Karim. Dengan lelaki itu dia mampu mendiami apartmen mewah, boleh berkereta besar, boleh makan angin keliling dunia dan menikmati hidup sosial kelas atasan. Itulah yang ramai wanita ingini...

Bil Mukasurat : 384
Harga : RM 8.00

Sri Diah - Selamat Malam Tan Sri




Keputusan Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta! Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu harta. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda itu telah ditolak mentah mentah. Meskipun begitu, Hanim Hanani tidak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik dihatinya.

Sejak pertama kali memandang lelaki yang bergelar Tan Sri itu, hatinya berdetik. Dia tidak pasti apa maksudnya itu. Waktu itu memang sudah nyata lelaki itu sudah beristeri. Bukan seorang tetapi dua dan bukan calang calang wanita. Isteri isterinya orang ternama, berharta dan berkedudukan. Ketika itu Hanim Hanani sedikit tidak terfikir untuk bersaing dengan wanita wanita itu. Dia pasti dia akan kalah tetapi takdir menentukan segalanya! Kemunculannya mengubah kenyataan.....

Bil Mukasurat : 417
Harga : RM 10.00

Sri Diah - Dendam Masrini




Masrini datang di saat Datuk Khalil dilanda krisis. Dia berjaya membina hidup lelaki itu ke mercu kejayaan. Namun kesilapan yang sama membuatkan lelaki itu terjebak lagi.

Dendam berterabur disana sini. Dendam Julia pada Masrini tidak pernah padam. Dia nekad untuk menjatuhkan Masrini, merampas Datuk Khalil dan mengusai perniagaan Syarikat Maju Jaya Sdn Bhd.

Di masa yang sama isteri Datuk Khalil, Datin Azizah menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya Profesor Hisham yang sering menagih kasih darinya sejak bertahun. Masrini tersepit dalam skandal ini kerana bujang tua ini adalah bapa saudaranya.

Apakah mimpi Masrini sama dengan mimpi Julia? Bolehkah empayar bisnes yang dihajatkan oleh Datuk Khalil berada dalam rangkulannya? Mampukah Datin Azizah menepis bunga bunga cinta Profesor Hisham?

Bil Mukasurat : 417
Harga : RM 8.00

Sri Diah - Jangan Ada Dusta




Kadang kadang kita bukannya takut untuk jatuh cinta. Tetapi natijah daripada jatuh cinta itu tidak diketahui buruk baiknya, hinggalah segala rahsia terbentang di depan mata. Memang benarlah cinta itu perjudian; perjudian yang bukan sahaja kalah atau menang malah lebih trajis daripada itu.

Sharifah Ezreen menyintai Adi Putera, tetapi lelaki itu tidak boleh digantungkan harapan untuk dijadikan suami. Takdir tiba. Wajarkah dia mengendong dosa semata mata hendak menjadikan cinta itu suatu realiti?

Melissa Laila pula menyintai abang tirinya sendiri. Adi Fitri. tetapi di masa yang sama dia juga menyintai Budi Djauhari, anak muda kelahiran kota Jakarta. Bagi Budi Djauhari pula, di mana akan dia letakkan perasaan cinta Lydia Susanti Hartono terhadapnya? Mestikah dia menjadi petualang dalam episod cinta tiga segi itu?

Datin Saerah yang dulunya 'si kucing Parsi' sudah bertahun tahun menjadi wanita yang sedar diri, tahu maruah, tahu dosa dan pahala. Namun dugaan yang datang dalam hidupnya bagaikan tidak mahu surut. Narimah adalah duri yang mencucuk cucuk dagingnya. Dia tidak mahu kalah!

Bil Mukasurat : 502
Harga : RM 10.00

Sri Diah - Di Mana Suamiku




Sesekali bukan tidak terlintas di ruang fikiran, apakah perkahwinan ini satu percaturan? Pernah ditanya pada diri, harga sebuah kasih sayang, sebuah kesetiaan. Sudah puas dia menjadi isteri yang baik pada suami yang bernama Nazril. Lelaki yang berpura, lelaki yang tidak tahu menilai erti setia.

Perlukah diturut kata hati, mencurah rasa kasih pada lelaki yang bukan suami. Menderhakakah dia, jika dalam kesepian menyambut salam seorang Baha, yang baik dan penyayang. Dia sebenarnya penasaran; antara membuat pilihan, antara membuat keputusan. Lantas wanita yang bernama Natasya itu dalam dilema, diburu resah.

Ada kesal, ada bimbang, ada kemarahan yang datang dan pergi. Dan hatinya sering bertanya, sampai bila segalanya akan ada penyudah...

Bil Mukasurat : 524
Harga : RM 10.00