Azizi Abdullah - Memoir Seorang Guru




Bukan aku hina profesion pilihannya. Dan, bukan aku benci pilihannya itu. Dia tidak faham...walaupun mewarisi profesionku, ia bukan kebanggaanku. Malah, aku tidak merestuinya. Namun, dia tetap dengan pendiriannya. Sikap dan kemahuannya cukup keras sekali.

Ya Allah...apalah dayaku untuk menegahnya daripada meneruskan cita citanya itu. Aku semakin dipanjat usia, namun kedegilannya membuatkan aku dilanda stres dengan halimunan yang tidak berkesudahan.

"Anakku...masakan engkau akan faham jika buktinya tidak diketahui? Namun, mahukah engkau dengar dengan apa yang pernah bapa rasai dan alami sepanjang bapa menjadi guru?"

Bil Mukasurat: 288
Harga : RM 8.00

Sri Diah - Suite 1908


Saerah tidak berdendam dengan Datuk Karim tetapi kerana Datin Rose yang berambut meremang coklat keperangan macam 'kucing Parsi' itu kerap menyakiti hatinya. Saerah terus nekad - alang alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!

Siapa yang tidak mahu hidup senang? Semua itu dia boleh dapat daripada Datuk Karim. Dengan lelaki itu dia mampu mendiami apartmen mewah, boleh berkereta besar, boleh makan angin keliling dunia dan menikmati hidup sosial kelas atasan. Itulah yang ramai wanita ingini...

Bil Mukasurat : 384
Harga : RM 8.00