Hezzy Azra - Melodi Kasih




Zahara Inas, Edrina Julia danIman Syukriah dilahirkan pada bulan yang sama tetapi menerima takdir yang berbeza beza. Warna warna cinta mereka juga tidak sejernih titisan embun.

Zahara yang tidak pernah dikecewakan lantas mengunci jendela hati, tidak mahu bayu cinta berhembus lalu meniupkan taufan duka. Baginya hidup ini tetap berputar tanpa insan bernama lelaki. Namun sampai bila?

Setiap cinta Edrina tidak pernah kesampaian. Oleh itu dia akur pada percaturan keluarga, menerima Taj sebagai suami walau tiada perasaan cinta di jiwa. Malangnya, Taj sisipkan duri hingga tercalar pedih hatinya.

Istana cinta yang Iman bina bersama Huzir memekar bunga bunga sayang bersama si cahaya mata. Tetapi ada jua gelora berombak menggoncang badai. Hanya pada cinta yang ikhlas mereka berpaut. Teguhkah cinta itu?

Bil Mukasurat : 466
Harga : RM 10.00

0 comments:

Post a Comment